ALC Bukit Katil | 2013

(ALC) Al-Baghdadi Learning Center Bukit Katil, Melaka

SELAMAT DATANG KE PORTAL INTERAKTIF AL-BAGHDADI LEARNING CENTER CAWANGAN BUKIT KATIL, MELAKA.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian dipersembahkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Tahniah kepada anda yang melayari Taman Syurga ini. Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas iraadah dan inaayah-Nya jua kami dapat meneruskan bakti khususnya dalam pengajian Al-Quran teknik Al-Baghdadi

Selamat datang ke laman web interaktif kami ini. Laman ini menempatkan maklumat-maklumat berkaitan syarikat dan pusat latihan Al-Quran Al-Baghdadi Bukit Katil, Melaka. Pusat ini telah diasaskan oleh En. Kamaruddin dan Puan Normah pada tanggal 12 September 2012. Kami berharap para pelanggan yang melawati web ini beroleh kebaikan dan mendapat maklumat yang berguna kepada tuan/puan. Sila hubungi kami dengan menekan menu "HUBUNGI KAMI" dan pegawai perhubungan kami akan segera membantu tuan/puan.

Klik Banner Di Atas Untuk Mendaftar ke BENGKEL BIJAK AL-QURAN (BBQ) Cuti Sekolah 2013

Klik Banner Di Atas Untuk Mendaftar ke AL-BAGHDADI PLAYTIME CENTRE 2013

Ya Allah, kurnikanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yamg penuh segar mensyukuri nikmat-Mu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja bersama-sama kami. Janganlah, ya Allah,Engkau biarkan nasib kami di tentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu,ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan.


Selawat dan restu-Mu untuk Junjungan Kami Muhammad SAW, Nabi yang mulia, dan kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda seluruhnya. Amin!.

LAGU AL-BAGHDADI


Testimonial #1

Pn Rohaya Mat, Kedah. Seorang guru mengaji yang memanfaatkan kaedah Al-Baghdadi. TAHNIAH!

Testimonial #2

Zakaria Mahmud, Kepala Batas Kedah - Anak berusia 9 tahun sudah mengenal huruf dan boleh membaca kalimah Al-Quran. TAHNIAH!

Teknik Berkesan!

Salah satu cara pembelajaran kalimah-kalimah Al-Quran yang ternyata berkesan dan seronok. LOVE AL-BAGHDADI!